Thursday, 20 October 2016

Ikan Talang Masak Asam Pedas

Ikan Talang Masak Asam Pedas

Jenuh jugak bila beli tapi tatau nak masak apa, haha..

Haritu ke pasar Kota Kinabalu, dekat area pasar philipine, jumpa ikan ni, tersangatlah murah  itu pasal la beli.. Mana taknya, 60 sen ja sekor untuk sederhana besar, segar lak tu.. wahhh..


Kalau ikan talang ikan masin tu biasa la makan, yang fresh gini, pertama kali tengok.

Separuh buat ikan busuk.. goreng dengan bawang & lada, perah asam limau.. sedap sangat! Yusri la yang ajar makam gini, Mimie ta pernah makan, tapi bila try, sedap oo..

Ikan busuk senang ja nak buat.. lepas siang ikan, cuci bersih dan sejat.. masukkan dalam bekas dan taburkan garam.. tutup bekas dan lepas tu biarkan sahaja bekas tu berada di luar peti.. syaratnya supaya sedap, mestilah ikan fresh, yg belum dimasukkan ke dalam peti sejukbeku.

Try juga buat ikan talang goreng, tapi ta berapa ngam pula.. isinya agak tawar & keras..

Jadi, semalam cuba buat asam pedas.. sedap hingga menjilat jari, hehe..

Asam Pedas Ikan Talang


Bahan-bahan:
●1-2 ekor ikan talang
●20 cili kering(rebus)*
●2 biji bawang besar*
●5 ulas bawang putih*
●1/2 inci halia*
●1 sudu teh serbuk kunyit*
●sedikit belacan*
●2 kpg asam gelugur
●2 batang serai diketuk
●1 batang bunga katan
●Sedikit gula nisan
●daun kesum
●vege: carrot/bendi/tomato
●garam
●adds on : air asam jawa/perahan asam limau jika tidak masam

Cara-cara:
1. Blend semua bahan yang bertanda *
2. Tumis sampai pecah minyak
3. Masukkan asam keping, serai, bunga kantan & daun kesom
4. Tambah air secukupnya
5. Masukkan gula nisan & carrot jika mahu.
6. Tambah garam, bendi & tomato. Sesuaikan rasa masam, manis & masin.
7. Siap dan boleh hidang.
*pastikan bawang agak banyak supaya kuah pekat.

Komen selepas makan : seeloknya buang kulit dia sebelum dimasak.

Selamat mencuba! :D Nak datang KK boleh contact:

Mimie 0139483478
Yusri 0168454716

#lifeinkk
#dapurmimie
#sewakeretayusmie
#sewakeretakotakinabalu

No comments:

Post a Comment