Air Menari di Kota Kinabalu
Lama ta bawa hannan hanisah jalan-jalan ke sini.. ini memang tempat faveret hannan.. budak aktif macam dia perlukan ruang untuk lepaskan energy yg ada..
Kadang, pusing 1 taman, maen playgorund 3 station kat sini pun dia ta reti nak penat lagi, umi abi yg pancit dulu, huhu..
Kat sini bukan setakat ada playground, tapi antara tempat menarik di Kota Kinabalu, Sabah. Di Perdana Park ni ada show air menari setiap hari, tersangatlah canteq :D Air menari-nari mengikut irama musik/lagu.
Last show bagi hari bekerja isnin-khamis pada jam 9pm, dan pada hari minggu jumaat-ahad jam 9.30pm. Bayaran masuk pula untuk parking rm1 sahaja 1 kereta.
Yang ada anak-anak kecil, jika datang ke sini memang sesuatu yg amat menyeronokkan. Boleh juga bermain giant bubble disini dan boleh bagi makan ikan & kura-kura yg ada situ. Kadang, asyik duk tengok burung duk tangkap ikan :D
Ramai yg tatahu, ada roti kering yg dijual disitu bagi tujuan memberi ikan makan, harganya 1 plastik kecil rm1.
Perdana Park ni terletak di Tanjung Aru.. Tanjung Aru antara tempat yg menarik utk tengok sunset, dan menikmati makanan yg sedap. Yg viral pasal ABC gergasi tu, haa nilah tempatnya.
Nak datang Sabah? Boleh sewa kereta dengan kami :D
Yusri 0168454716
Mimie 0139483478
#sewakeretakotakinabalu
#sewakeretayusmie
#lifeinkk
No comments:
Post a Comment