Monday 24 April 2017

Rusa @ Kijang Masak Singgang Kelantan


Rusa @ Kijang Masak Singgang Kelantan

Hari ni nak tulis resepi singgang rusa atau kijang atau sewaktu dengannya.

Di Sabah, rusa dikenali sebagai payau. Salah satu makanan exotik memandangkan ianya hidupan liar.

Biasa di semenanjung, ada yang bela tapi dalam kuantiti yang kecil.

Di Sabah, spesis liar senang didapati memandangkan hutan belantara masih sangat luas.

Rasa kijang lebih manis dari rusa. Dagingnya kalau makan badan lebih panas tapi segar.

Mimie lebih gemar buat singgang. Kali ini dah kali ke berapa ntah. Masa first time buat, cuba-cuba ja, rupanya sangat sedap!



Jadi, tiap kali ada daging rusa/payau atau kijang, Mimie akan buat singgang Kelantan, hehe.

Bahan-bahan
● 1kg daging rusa
● 1 1/2 inci lengkuas (diketuk)
● 2 sudu besar biji ketumbar (ditumbuk kasar)
● 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
● Sedikit belacan
● 5 biji lada kering (dipotong & direndam)
● 4 keping asam keping
● Garam secukup rasa
● Air secukupnya

Cara-cara
1. Daging rusa direbus sekali mendidih. Tapis air dan salin air baru.
2. Masukkan ketumbar, lengkuas dan asam keping.
3. Bawang putih ditumbuk bersama belancan.
4. Dalam kuali lain, tumis bawang putih bersama belancan dan lada kering yang dah disejat. Tumis sehingga naik bau. Kemudian, masukkan ke dalam periuk daging beserta minyak yang ditumis.
5. Biarkan sehingga daging empuk. Perisakan dengan garam. Siap untuk dihidang!

Hari ini sebenarnya masak untuk adik-adik junior masa belajar di usmkk dulu. Dorang datang jenjalan di KK, jadi mimie ajak la datang rumah 😃



Terima kasih sudi datang!



Tuesday 24 January 2017

Tempat Makan/Restoran di Kota Kinabalu, Sepanggar & sekitar Sabah.

Tempat Makan/Restoran di Kota Kinabalu, Sepanggar & sekitar Sabah.

*nota ini ditulis sebab senang nak refer tempat makan untuk berbuka puasa sunat Isnin & Khamis @ makan luar time @ malas masak :p
*kedai muslim @ HALAL + sedap

KEPAYAN
● Mashawi Grill dekat Market 88
● KFC dekat Boulevard
● Warung Bandung dekat Boulevard
● Steambot Bakar sebelum Cybercity
● kedai makan The Warung
● D Lengkuas Kepayan dekat Penjara Kepayan
● Wan Tomyam dekat Cilipadi
● Lava Burger Bakar dekat Market 88
● Pak Man Recipe dekat Market 88


Nasi Ayam Penyet di The Warung, Kepayan

CYBERCITY
● Chicken Hut
● Putri Kitchen Chilli Crab
● Somtum sebelah kedai dobi*
● Baiduri Tomyam Seafood Thai*
● Restoran Kota Belud Nasi Ayam Penyet belakang G-Mart*

PUTATAN
● Yazid Burger Bakar dekat belakang Maybank
● Sugar Bun dekat One Stop
● Apam Balik Gold dekat Servay
● D Garden dekat Royal Plaza
● Kak Kiah Coffee House dekat Royal Plaza*
● Prapeni Thai jalan nak ke Putatan*

Tanjung Aru
● KFC
● Secret Recipe dekat Perdana Park

Sembulan
● Burger Kukus dekat bangunan Usia
● D Lengkuas Sembulan
● Jamal Saleem
● Tok Mi Station
● Kebun Char Kuey Teow dekat depan UTC

KK
● D Garden
● KFC
● Borenos
● Ayam Katok
● Gerai makan seafood Haji Manja dekat bulatan ikan todak waterfront
● Gerai makan seafood Sinar Delima (Wak) dekat bulatan ikan todak waterfront

Sepanggar dan sewaktu dengannya
● Steambot Bakar
● Mashawi Grill
● D Saiful
● Pok Di*
● Kedai Western(lupa nama, will update later)
● Big B Western dekat Taman Indah Permai*
● He Jia Fo Chinese Muslim Seafood Restaurant dekat Likas*
● Taliban Food dekat Inanam*
● Mee Tauhu dekat Kingfisher*
● Padang Jawa dekat Alam Mesra*
● Ori Thai dekat Putrajaya*

p/s : list will update from time to time
p/s/s : please give more suggestions & komen spesifik tempat :D

*admin belum try

Sekarang, no worries anymore nak makan kat mana bila mai jenjalan di Kota Kinabalu.. ada banyak choice :D

Nak sewa kereta, jangan lupa contact kami naa.. Yusri 016-8454716 @ Mimie 013-9483478

#lifeinkk
#sewakeretayusmie
#sewakeretakotakinabalu

Friday 9 December 2016

Sup Ketam Jagung Manis

Sup Ketam Jagung Manis

First time makan sup ni di kenduri di Kota Belud.. yusri bagi skit suh try.. dia bagitau sup orang sabah ni..

Sekali try nak lagi, waaaa... tapi tu kisah tahun lepas..

Semalam.. rasa macam nak makan sup ja.. tapi tatau nk wat sup apa.. godek2 google jumpa la sup ni.. apa lagi, bahan2 ada.. trus buat.. senang jaaa..

Tapi mimie derhaka skit.. skit jelah.. banyak2 kut salah rasa.. hehe.. mimie tambah bawang besar & serbuk lada hitam sket..



Sup Isi Ketam Jagung Manis

Bahan:
● Air lebih kurang 2L
● Isi ketam (boleh guna ketam fresh @ crabstick.. carik-carikkan dia..)
● 2@3 biji telur dipukul (nak lebih cantik, guna telur putih sj.. tapi sy guna semua ja..)
● 1 tin jagung manis
● 3 sudu besar tepung jagung dibancuh utk pekatkan kuah
● 1 biji bawang besar
● 2 sudu besar serbuk lada hitam
● Garam & serbuk perasa secukupnya

Cara:

1. Didihkan air. Masukkan jagung manis, isi ketam & bawang yg dicincang halus.

2. Setelah beberapa minit, kecilkan api, masukkan garam, lada hitam & serbuk perasa.

3. Kemudian, masukkan telur secara perlahan-lahan sambil kacau.

4. Masukkan bancuhan tepung jagung. Biar sehingga mendidih. 

5. Siap untuk dihidang. Makan panas-panas!

* selamat mencuba ^___^

#lifeinkk
#dapurmimie

Tuesday 1 November 2016

KB Escape

KB Escape

KB? Dulu awal2 sampai bila orang sebut, nak g KB @ nak balik KB, mesti konfius.. duk ingat Kota Bharu.. huhu.. rupanya, Kota Belud..

Yusri ajak ke Kota Belud, dia banyak kali dah g.. bagi Mimie pula kali kedua.. First time g makan gulai kenduri kawan sekolah Yusri.. Sebenarnya, Pondok Fii Zilalil Quran, Kota Belud nak buat bubur asyura, jadi panggil Yusri datang sebagai chef.. kiki..

Pada masa yg sama juga, sahabat2 jemaah surau raudhatus salihin, austral juga berada di sana, rehlah & bermalam disana..


Perjalanan bermula dengan breakfast di Lengkuas Kepayan.. selera klatey sini boh! Nak sampai ke KB dalam 1jam 30 minit jgk la..

Kami menuju ke Homestay Pak Tuah, Kg Buah Pandai, Kota Belud.. masuk ke hujuuuuuung sekali.. subhanaAllah terpaku memandang keindahan pantainya T_T

Hannan terus masuk laut.. haha.. Sy pun turut masuk berendam jugak.. ta tahan oo tengok cantik sangat.. memandangkan kawasan dia agak terpencil, jadi sesuailah para ibu2 ni berendam.. hehe..

Gambar ta banyak, sebab dapat pegang fon jarang2 ja.. enjoy holiday dengan famili disini♡













Dorang ni semua dah biasa datang sini bermalam dan berehlah.. jadi macam2 bahan mentah dibawak.. ooh kat sini pun dekat dengan tamu, lepas membeli, terus masak... segar gitu!

Jom datang melawat Sabah, saksikan sendiri keindahan alam ciptaan Tuhan yg Maha Esa ini.. nak sewa kereta, contact la kami, hehe..

Yusri 0168454716
Mimie 0139483478

#lifeinkk
#sewakeretayusmie
#sewakeretakotakinabalu

Saturday 29 October 2016

Gulai Udang Feveret Hannan

Gulai Udang Feveret Hannan

Udang feveret Hannan.. jadi, gulai udang yg selalu menjadi menu untuk udang memandangkan cara masak & bahannya sangat mudah..

Bagi beginner macam sy yg ta reti masak ni.. hehe..



Bahan-bahan
Udang (500g)
Santan (sy guna 1 kotak kecil)
2 batang serai diketuk
5 ulas bawang merah*
5ulas bawang putih*
2 cilipadi* (ikut tahap pedas masing2)
2inci kunyit hidup (sy guna 2 sk serbuk kunyit)*
1 sb serbuk kari (ta buh pun tape)*
Gula nisan (secubit)
Karot/nenas/kacang panjang
Air (2 kotak bekas kotak santan)
1 biji telur
Garam (secukup rasa)

Cara-cara

1. Kisar bahan bertanda * @ tumbuk lumat.
2. Panaskan minyak & tumis bahan kisar.
3. Dah naik bau, masukkan serai, carrot (jika mahu) & udang.
4. Bila udang hampir bertukar warna, masukkan santan & air.
5. Kemudian, masukkan nisan. Masak sehingga hampir mendidih & masukkan telur. Kacau telur supaya kuah menjadi pekat.
6. Bila mendidih, masukkan kacang/nenas jika mahu & garam.. biarkan sekejap, kemudian padamkan api.

Sedia untuk dingap! :D

#lifeinkk
#dapurmimie

Thursday 27 October 2016

Fon oo Fon, Apa yang Rosak?

Fon oo Fon, Apa Yang Rosak?

Ini info dari Dr.Fone.

Macamana kita nak tahu apa yang perlu ditukar bila fon/kabel/adapter kita rosak..


Simptom apabila kepala charger/adapter rosak :
● terus ta boleh charge
● reverse charging, maksud makin kurang bateri bila charge

Simptom apabila kable yang rosak :
● kejap masuk dan kejap tidak
● slow
● ta bergerak langsung level bateri

Boleh la tengok simptom apa yg berlaku, lepas tu boleh lah rawat dia :)

#lifeinkk
#tipsmimieyusri

Menabung Untuk Duit Raya

Menabung Untuk Duit Raya

Lama dah nak share pasal nie.. pastu bila kuar pasal isu simpan duit dalam almari berjuta-juta baru teringat balik.. tapi ni baru sempat nak tulis.. tapi tidaklah berjuta-juta duit ku.. haha..

Biasanya bila tiba hari raya, salah satu persediaan ialah, menyediakan duit raya.. maka beratur panjanglah semua pakat g ke bank nak tukar duit..

Kami.. dah 3 tahun ta tukar duit raya.. maklumla baru 3 tahun kawin.. bahkan duit raya sentiasa berlebihan walaupun ke mana jua kami pergi, hatta di kedai runcit, taman permainan, habis semua budak2 yusri akan bagi duit raya..

Duit kami tidaklah banyak.. tapi itulah yang terkumpul selama setahun.. ta habis extend pula ke raya aidiladha.. dan seterusnya dan seterusnya..


Caranya adalah.. duit yg keras2, yg baru, yg canteq2 tade renyuk2.. simpan dalam bekas.. jangan lipat, jangan gulung.. Duit kertas RM1, RM5, RM10, RM20..

Kalo siapa yg ada tabung hijau yg khusus menabung duit kertas RM5 tu.. yg duit keras RM5 asingkan masuk ke tabung duit raya..

Mulakan cepat2.. hasilnya membuatkan anda tersenyum :)

#lifeinkk
#tipsmimieyusri