Saturday 29 October 2016

Gulai Udang Feveret Hannan

Gulai Udang Feveret Hannan

Udang feveret Hannan.. jadi, gulai udang yg selalu menjadi menu untuk udang memandangkan cara masak & bahannya sangat mudah..

Bagi beginner macam sy yg ta reti masak ni.. hehe..



Bahan-bahan
Udang (500g)
Santan (sy guna 1 kotak kecil)
2 batang serai diketuk
5 ulas bawang merah*
5ulas bawang putih*
2 cilipadi* (ikut tahap pedas masing2)
2inci kunyit hidup (sy guna 2 sk serbuk kunyit)*
1 sb serbuk kari (ta buh pun tape)*
Gula nisan (secubit)
Karot/nenas/kacang panjang
Air (2 kotak bekas kotak santan)
1 biji telur
Garam (secukup rasa)

Cara-cara

1. Kisar bahan bertanda * @ tumbuk lumat.
2. Panaskan minyak & tumis bahan kisar.
3. Dah naik bau, masukkan serai, carrot (jika mahu) & udang.
4. Bila udang hampir bertukar warna, masukkan santan & air.
5. Kemudian, masukkan nisan. Masak sehingga hampir mendidih & masukkan telur. Kacau telur supaya kuah menjadi pekat.
6. Bila mendidih, masukkan kacang/nenas jika mahu & garam.. biarkan sekejap, kemudian padamkan api.

Sedia untuk dingap! :D

#lifeinkk
#dapurmimie

No comments:

Post a Comment